20 tahun tidak kosongkan tangki septik

IPOH – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendedahkan terdapat pemilik premis yang gagal mengabaikan kerja pengosongan tangki septik secara berjadual sehingga 20 tahun.

Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata, pihaknya mengesan terdapat premis yang gagal menjalankan kerja nyahenap cemar walaupun notis pemberitahuan telah dikeluarkan oleh Indah Water Konsortium (IWK).

Tangki septik tidak dikosongkan 20 tahun SPAN Perak, pengosongan tangki septik, Ops Kejor, Indah Water Konsortium (IWK), pencemaran air kumbahan, tangki septik individu, Kawasan Perindustrian Menglembu
Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop ketika sidang media selepas melakukan pemeriksaan tangki septik pada operasi ‘Ops Kejor’ di Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

“Kalau ikutkan (lazimnya) ada premis yang sudah lebih dua kitaran atau lebih dua tahun tidak menjalankan kerja-kerja pengosongan tangki septik. Namun, ada kes paling maksimum yang kita kesan sehingga 20 tahun tidak pernah melakukan pengosongan pada tangki tersebut.

“Walaupun kita sudah beri peluang (untuk bertolak ansur), namun ia seolah-olah menjadi satu trend untuk tidak mematuhi arahan, dan akhirnya kita terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melaksanakan pemeriksaan dan penyerahan notis pemberitahuan pengosongan tangki septik menerusi ‘Ops Kejor’ di Kawasan Perindustrian Menglembu, di sini, pada Rabu.

Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop (dua, kanan) melakukan pemeriksaan dan penyerahan notis pemberitahuan pengosongan tangki septik secara berjadual kepada pemilik premis pada operasi ‘Ops Kejor’ di Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

Menurut Ainal Yusman, antara alasan sering diberikan pemilik premis ekoran perkara itu ialah pertukaran pemilik serta tidak mengetahui keperluan pengosongan tangki septik secara berjadual.

Ujar beliau, kegagalan mengosongkan tangki tersebut boleh menyebabkan sistem rawatan sisa air kumbahan tidak lagi berfungsi dengan baik sehingga menimbulkan gangguan kepada orang awam di samping membawa kepada risiko pencemaran alam sekitar.

“Apabila tangki septik sudah penuh, fungsi rawatan tidak lagi berjalan dengan sewajarnya. Air yang keluar hanyalah air separa terawat yang mengalir ke longkang.

“Jika ia tidak dikosongkan secara berjadual, boleh menyebabkan bau busuk serta kacau ganggu kepada jiran. Lebih membimbangkan, keadaan itu berpotensi mencemarkan sungai dan meningkatkan risiko penularan penyakit bawaan air,” jelasnya.

Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop (dua, kanan) melakukan pemeriksaan dan penyerahan notis pemberitahuan pengosongan tangki septik secara berjadual kepada pemilik premis pada operasi ‘Ops Kejor’ di Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

Beliau berkata, tangki septik perlu dikosongkan sekurang-kurangnya sekali pada setiap dua atau tiga tahun dan kegagalan melakukannya boleh membawa kepada tindakan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000.

Mengulas tentang Ops Kejor, Ainal Yusman, memaklumkan ia dilaksanakan di 315 premis di sekitar Kawasan Perindustrian Menglembu dan Kawasan Perindustrian Chandan Jaya yang gagal mematuhi notis pemberitahuan pengosongan tangki septik yang dikeluarkan oleh IWK.

Tangki septik tidak dikosongkan 20 tahun SPAN Perak, pengosongan tangki septik, Ops Kejor, Indah Water Konsortium (IWK), pencemaran air kumbahan, tangki septik individu, Kawasan Perindustrian Menglembu
Pengarah Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Operasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop (dua, kanan) melakukan pemeriksaan dan penyerahan notis pemberitahuan pengosongan tangki septik secara berjadual kepada pemilik premis pada operasi ‘Ops Kejor’ di Kawasan Perindustrian Menglembu, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2026.

Ujar beliau, operasi yang dilaksanakan antara 10 hingga 12 Jun itu merupakan operasi keempat oleh SPAN dan IWK yang bermula dengan ‘Ops Kasturi’ di Melaka, diikuti dengan ‘Ops Mutiara’ (Pulau Pinang) dan ‘Ops Haruman’ (Perlis).

“Sepanjang tempoh operasi yang dijalankan kita menyerahkan notis pemberitahuan pengosongan tangki septik untuk diambil tindakan susulan oleh pemilik premis. Jika dalam tempoh dua minggu masih gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

“Dan setakat tahun tahun terdapat lebih 1.38 juta tangki septik individu di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, dengan 258,650 daripadanya berada di Perak,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

LAP komited pantau aset, pastikan bekalan air berkualiti di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI