MGPerak: Pendedahan Awal Haji Bentuk Generasi Celik Agama Sejak Kecil – Exco

77

PARIT – Pendedahan awal mengenai rukun Islam kelima perlu diterapkan sejak dari kecil bagi membentuk kefahaman dan memasang impian untuk menunaikan ibadah haji dalam kalangan generasi muda.

Sehubungan itu, Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Gen Alpha Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Parit dilaksanakan bagi memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada kanak-kanak di bawah usia enam tahun.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, program tersebut turut mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir bersama anak masing-masing. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini