IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan kewujudan sebuah sekolah untuk etnik Rohingya di Kampung Ladang Titian, Kuala Terengganu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ini kerana perkara berkenaan bukan di bawah bidang kuasa kementerian sebaliknya memberi laluan kepada pihak berkaitan untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya. -MGPerak





