IPOH – Semua pelajar di bawah institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menebus pemberian Baucar Buku MADANI bernilai RM100 bagi setiap seorang bermula Julai depan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ia dijangka memanfaatkan kepada lebih dua juta pelajar dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM210 juta yang disediakan kerajaan.
Katanya, inisiatif berkenaan membabitkan pelajar dalam kalangan Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Enam, penuntut matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. -MGPerak





