MGPerak: 500 Peserta Dari 34 Negara Sertai Kejohanan Triatlon Antarabangsa Di Kampar

30

Penganjuran kejohanan World Triathlon Development Regional Cup dan Asian Triathlon Youth Cup Kampar 2026 terus mengangkat daerah ini sebagai destinasi pelancongan sukan apabila berjaya menarik penyertaan 500 atlet dari 34 negara termasuk Malaysia.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kejohanan yang berlangsung di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bermula dari 11 Jun hingga esok bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan sukan, malah membantu mempromosikan Kampar sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Menurutnya, penganjuran edisi ketiga kejohanan itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa yang terus memperkukuh kedudukan Kampar sebagai antara lokasi tumpuan peminat triatlon. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #WorldTriathlonDevelopmentRegionalCup #AsiaTriathlonJuniorCupKampar2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini