Lawatan Dr Erik Knudsen perkukuh jaringan akademik, industri kreatif

TANJUNG MALIM – Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diadakan baru-baru ini berjaya memperkukuh jaringan akademik antarabangsa serta memperkasa pembangunan industri kreatif dan komuniti setempat.

Program itu menampilkan Profesor Emeritus Dr Erik Knudsen dari University of Lancashire, United Kingdom, yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri kreatif di Eropah dan Hollywood sebagai pengarah filem, penyelidik serta akademik bertaraf antarabangsa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FBK UPSI, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penyampaian syarahan bertajuk “Fear Eats the Soul: Transcending Barriers in Filmmaking” yang memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah mengenai pembikinan filem, penceritaan kreatif serta penyelidikan berasaskan amalan.

Menurutnya, Dr Erik turut berkongsi pengalaman lebih tiga dekad dalam industri kreatif antarabangsa selain menekankan kepentingan menghasilkan karya yang autentik dan berimpak.

“Selain itu, beliau juga ke Kampung Menderang, Sungkai bagi meninjau potensi ekopelancongan dan keusahawanan komuniti yang dibangunkan menerusi projek SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) di bawah kursus Komunikasi Korporat, Jabatan Komunikasi dan Media.

Program lawatan Profesor Emeritus Dr Erik Knudsen perkukuh jaringan akademik, industri kreatif
Peserta dan penganjur bergambar bersama Dr Erik selepas sesi penyampaian penghargaan sempena Syarahan Utama “Fear Eats the Soul: Transcending Barriers in Filmmaking” yang berlangsung di UPSI.

“Lawatan tersebut melibatkan pameran produk usahawan tempatan, kunjungan ke Kampung Orang Asli Tisong, ladang madu kelulut Kampung Menderang serta Buyong Mas Sanctuary (BMS) Campsite.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin turut hadir bersama delegasi UPSI bagi mempromosikan Kampung Menderang sebagai destinasi pelancongan komuniti yang berpotensi,“ katanya.

Katanya, lawatan itu membuka peluang kepada komuniti setempat memperkenalkan produk dan tarikan pelancongan mereka kepada khalayak lebih luas.

“Di samping itu, mereka boleh memperoleh pandangan daripada pakar industri kreatif antarabangsa mengenai strategi penceritaan dan penjenamaan destinasi,“ ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Erik turut mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pendidikan Tinggi serta menjadi panel jemputan di Bernama TV bagi membincangkan topik “Generative AI: Friend or Foe to the Independent Filmmaker?” yang meningkatkan keterlihatan UPSI di peringkat nasional dan antarabangsa.

Secara keseluruhannya, program tersebut berjaya memperkukuh hubungan akademik antarabangsa, memperkasa bakat kreatif dalam kalangan warga universiti serta menyumbang kepada usaha mempromosikan Kampung Menderang sebagai destinasi ekopelancongan dan lokasi penggambaran berpotensi pada masa hadapan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

UPSI martabat tulisan Jawi dalam hebahan rasmi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI