Dua anggota polis cedera diserang penagih dadah

LARUT – Dua anggota polis cedera selepas diserang seorang lelaki dipercayai penagih dadah ketika cubaan menahannya di sebuah pondok berhampiran rumah di Kampung Sungai Jernih, Ijok, di Selama di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, spasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama itu telah bertindak ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kehadiran suspek.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pasukan polis terlebih dahulu menjalankan pemantauan sebelum bertindak membuat tangkapan terhadap lelaki berkenaan.

“Semasa proses tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif dengan menyerang pihak polis menggunakan senjata tajam dipercayai sebilah pisau sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

“Dalam kejadian tersebut, dua orang pegawai rendah polis berpangkat sarjan berusia 44 tahun dan konstabel 27 tahun telah mengalami kecederaan akibat bergelut dengan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Menurut Mohd Alwi, susulan itu kedua-dua anggota polis berkenaan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, ekoran itu pihak polis sedang giat mengesan pergerakan suspek termasuk mengadakan sekatan ‘Op Tutup’ di laluan keluar dan masuk di sekitar kawasan kejadian.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di talian 05-8395999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua anggota polis cedera, kereta dirempuh lori

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI