Banjir: Empat PPS di LMS mula dibuka

IPOH – Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) mula dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) susulan kejadian banjir berikutan cuaca hujan dalam tempoh lama, pada Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, PPS yang dibuka adalah di Dewan Perdana Trong, Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta, Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol dan SK Matang Gelugor.

Katanya, setakat ini tiada rekod jumlah mangsa dan keluarga yang terlibat kerana difahamkan operasi pemindahan mangsa banjir sedang giat dijalankan pasukan keselamatan.

“Antara kawasan yang terjejas bencana banjir adalah Kampung Batu 11 di Bukit Gantang yang mana beberapa buah rumah telah dinaiki air.

“Keadaan semasa cuaca hujan renyai dan penduduk telah mula berpindah sementara ke Dewan Perdana Trong,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Empat PPS dibuka akibat banjir di Larut Matang Selama Keyphrase Synonyms Empat pusat pemindahan sementara dibuka Banjir di Larut Matang Selama PPS banjir Perak Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Hujan berterusan sebabkan banjir Related Keyphrase Banjir Larut Matang Selama 2026 PPS banjir dibuka di Perak Kampung Batu 11 Bukit Gantang banjir Mangsa banjir dipindahkan ke PPS Paras sungai meningkat di Perak
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melakukan pemantauan paras air susulan kejadian banjir di daerah Larut, Matang dan Selama, pada Rabu. Foto APM Perak

Menurutnya, pembukaan kesemua PPS berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan lima PPS yang dibuka di Perak selepas satu dibuka di Dewan Bandaran Gopeng, Kampar.

Katanya lagi, PPS yang mula dibuka pada 20 Jun lalu itu masih menempatkan 50 mangsa daripada 16 keluarga yang terjejas banjir di Kampung Ulu Geruntum.

Sementara itu katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai di Perak merekodkan bacaan melepasi paras normal.

“Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang, Kampar berada pada tahap amaran dengan bacaan 22.24 meter sementara Sungai Slim di Slim River, Muallim pada tahap waspada (25.06 meter),” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua PPS dibuka di Perak tempatkan 92 mangsa banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI