MGPerak: Denggi Di Perak Meningkat Rekod 1,248 Kes, 1 Kematian Setakat Jun 2026

50

IPOH – Sebanyak 1,248 kes denggi dengan satu kematian direkodkan di Perak sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 196 kes iaitu 18.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 1,052 kes.

Menurutnya, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 tahun ini bagi tempoh 14 hingga 20 Jun meningkat sebanyak 81 kes berbanding 79 kes bagi tempoh sama tahun lalu. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini