IPOH – Kerajaan Negeri Perak memohon kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan proses pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan Hospital Kampar yang sudah uzur dan tidak lagi sesuai untuk memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk setempat. Operasitranslokasi gajah
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, keadaan hospital sedia ada semakin membimbangkan apabila kerap berlaku kerosakan pada bangunan, khususnya melibatkan bahagian bumbung. – MGPerak





