IPOH – Seorang penolong jurutera di Bahagian Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis atas 146 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM183,500 antara tahun 2022 hingga 2023.
Tertuduh, Saifol Nizam Mat Zin, 49 bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. – MGPerak





