SUNGAI SIPUT – Pendidikan adalah kunci utama membuka pintu kemajuan, membentuk akhlak, memperkukuhkan jati diri dan mengangkat martabat sesebuah masyarakat.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tokoh ilmuwan Islam, Imam al-Ghazali menerusi karya ‘Ihya’ Ulum al-Din’ menghuraikan ilmu pengetahuan mempunyai kekuatan untuk mengangkat darjat seorang hamba ke martabat yang tinggi, bahkan ke taraf para raja.
Titah baginda, kemuliaan yang lahir daripada ilmu bukan sekadar kemuliaan duniawi, tetapi juga yang membawa manusia lebih dekat kepada Allah SWT dan bermanfaat kepada masyarakat. -MGPerak





