SMAR Nurul Hidayah mercu tanda pendidikan Islam Orang Asli di Perak – Sultan Nazrin

SUNGAI SIPUT – Penubuhan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Nurul Hidayah di Kampung Kenang, di sini, merupakan mercu tanda penting dalam usaha memperkasakan pembangunan modal insan dan pendidikan Islam masyarakat Orang Asli di negeri Perak.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kemudahan pendidikan yang disediakan di sekolah berkenaan telah membantu dan berperanan sebagai pemangkin membawa perubahan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Kenang.

Titah baginda, bermula sebagai pusat pengajian dakwah dan fardu ain, sekolah itu kemudian berkembang sehingga menjadi pusat pendidikan pertama di Perak yang menyediakan kurikulum seragam bagi pembelajaran akademik dan agama.

“Setelah melalui tempoh masa lebih tiga dekad, sekolah ini telah melakar legasi dan sejarah, serta mencipta kejayaan membangunkan masyarakat Orang Asli, khususnya di negeri Perak.

“Penubuhan sekolah ini bukan sekadar pembinaan sebuah institusi pendidikan, tetapi merupakan pelaburan besar untuk membantu menyediakan masa hadapan yang lebih baik kepada anak-anak Orang Asli,” titah baginda.

SMAR Nurul Hidayah Orang Asli Keyphrase Synonyms: Sekolah Agama Rakyat Orang Asli, pendidikan Islam Orang Asli Perak, SMAR Nur Al-Hidayah, institusi pendidikan Islam Perak, sekolah menengah agama rakyat Related Keyphrases: pendidikan Orang Asli di Perak pembangunan modal insan Orang Asli Sultan Nazrin SMAR Nurul Hidayah JAIPk dan pendidikan Islam
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Nurul Hidayah di Kampung Kenang, Sungai Siput, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JUN 2026.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Perasmian SMAR Nurul Hidayah di Kampung Kenang, di sini, pada Selasa.

Berangkat sama ke majlis, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama mengiringi keberangkatan baginda berdua Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim sertaYang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

SMAR Nurul Hidayah Orang Asli Keyphrase Synonyms: Sekolah Agama Rakyat Orang Asli, pendidikan Islam Orang Asli Perak, SMAR Nur Al-Hidayah, institusi pendidikan Islam Perak, sekolah menengah agama rakyat Related Keyphrases: pendidikan Orang Asli di Perak pembangunan modal insan Orang Asli Sultan Nazrin SMAR Nurul Hidayah JAIPk dan pendidikan Islam
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Nurul Hidayah di Kampung Kenang, Sungai Siput, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JUN 2026.

Sultan Nazrin bertitah, dengan dukungan MAIPk bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), serta sokongan daripada masyarakat Orang Asli di Perak, institusi itu terus berkembang hingga sebuah kompleks pendidikan yang lebih selesa dan tersusun berjaya dibina.

Titah baginda, selain menjadi mercu tanda pembangunan dan pembaharuan pendidikan yang lebih dinamik, SMAR Nurul Hidayah mempunyai peranan yang strategik dalam landskap pendidikan Perak.

Titah Sultan Nazrin, institusi pendidikan Islam Orang Asli itu bukan sahaja berjaya membangunkan modal insan berilmu, malah merupakan benteng utuh yang memelihara akidah, syariat, dan akhlak generasi muda.

Pada masa sama baginda menzahirkan harapan agar SMAR Nurul Hidayah terus berperanan melahirkan lebih ramai generasi Orang Asli yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki pegangan agama yang kukuh serta semangat kepimpinan yang tinggi. .

“Jadikanlah sekolah ini sebagai pusat kecemerlangan akademik dan sahsiah, yang dapat melahirkan lebih ramai golongan profesional Islam serta mampu memimpin masyarakat berpaksikan nilai-nilai Rabbani,” titah Sultan Nazrin.

SMAR Nurul Hidayah atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nur Al-Hidayah di Kampung Kenang ditubuhkan pada 11 Februari 1994, hasil cetusan idea Penyelia Mubaligh Islam Negeri Perak ketika itu, merangkap guru besar sekolah, Allahyarham Halimin Abdolah.

Pada peringkat awal, segala aktiviti di sekolah berkenaan diuruskan dan beroperasi sepenuhnya melalui pembiayaan Bahagian Dakwah JAIPk, di samping pengajian berkaitan fardu ain dan fardu kifayah diajar secara tidak formal.

Ia digerakkan melalui kelas al-Quran dan Fardu ain Orang Asli di sebuah surau kampung oleh beberapa orang pendakwah Islam Orang Asli, di bawah seliaan Pejabat Agama Daerah Kuala Kangsar.

Sekolah berkenaan kemudian didaftarkan secara sah di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 pada 21 November 1997, dan ia seterusnya membawa kepada penubuhan Kelas Lanjutan Fardu Ain pada 9 September 2002.

Pada 9 April 2013, SMAR Nurul Hidayah telah didaftarkan secara sah sebagai Sekolah Menengah Agama Rakyat dengan melaksanakan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan, di samping mengekalkan kandungan pengajian agama.

Ketika ini sekolah berkenaan mempunyai seramai 148 orang pelajar, 18 tenaga pengajar serta dua orang tenaga pengurusan dan sokongan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga pelajar Orang Asli pilih automotif mahu buka bengkel di kampung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI