Lambakan durian yang berlaku pada musim kali ini bukan sahaja melibatkan durian kampung yang dijual serendah RM1 sekilogram malah durian premium seperti Musang King dan Duri Hitam (Black Thorn) turut terkena tempias sehingga dijual pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding tahun lalu.
Pengusaha Awiena Fruit Store, Ahmad Safawi Abdul Karim, 40, berkata, keadaan itu berpunca daripada pengeluaran hasil yang berlaku secara serentak melibatkan pokok lama dan pokok baharu di seluruh negara.
Menurutnya, situasi tersebut menyebabkan bekalan meningkat serta memberi kesan kepada harga pasaran. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #durian #lambakandurian





