MGPerak: Kerjasama Strategik MPT-Bukit Merah Buka Laluan Baharu Pelancongan Perak

4

TAIPING – Kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dan Bukit Merah Orang Utan Island Foundation (BMOUIF) bakal menjadi pemangkin baharu kepada ekosistem pelancongan Perak.

Yang Dipertua MPT, Mohamed Akmal Dahalan berkata, kerjasama yang dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) itu juga bakal menghubungkan beberapa produk pelancongan utama negeri, sekali gus meningkatkan tempoh penginapan pelancong serta merancakkan ekonomi setempat.

Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, kesemua pihak terlibat akan berbincang bagi mewujudkan satu kerjasama yang lebih luas dengan memakejkan pelancongan Zoo Taiping bersama Bukit Merah Laketown Resort agar pelancong mempunyai lebih banyak pilihan destinasi apabila berkunjung ke Perak. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini