Hargai hak milik tanah, masih ramai menanti peluang sama – Saarani

TANJUNG MALIM – Peserta dan waris FELCRA Berhad Seri Gala yang menerima geran hak milik tanah di bawah Program Penyusunan Semula Kampung (PPSK) perlu memanfaatkannya sebaik mungkin kerana masih ramai yang menantikan peluang sama.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, seramai 47 peserta menerima baki geran hak milik pada majlis berkenaan, menjadikan keseluruhan penerima kini seramai 89 orang termasuk 42 peserta yang telah menerima geran pada tahun lalu.

“Pada hari ini, tuan-tuan dan puan-puan menerima hak milik tanah. Ini adalah satu nikmat dan rahmat daripada Allah SWT yang wajib kita syukuri.

“Di luar sana masih ramai yang menunggu peluang yang sama. Ada yang belum memiliki tanah, manakala ada juga yang sudah mengusahakan tanah tetapi masih belum memperoleh hak milik,“ katanya.

Hargai hak milik tanah, masih ramai menanti peluang sama - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Penyerahan Geran Peserta Program Penyusunan Semula Kampung (PPSK) serta Perasmian Dewan Besar PPSK Felcra Berhad Kawasan Seri Gala di Dewan Besar PPSK Felcra Berhad Kawasan Seri Gala, Slim River. Foto ABDULLAH YUSOF 14 JULAI 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Peserta PPSK serta Perasmian Dewan Besar PPSK FELCRA Berhad Kawasan Seri Gala di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Pengarah Hal Ehwal Peserta Berhad, Zainal Abidin Alias.

Dalam pada itu, Saarani berkata, pembinaan Dewan PPSK di kawasan berkenaan akan menjadi pusat pertemuan masyarakat bagi menganjurkan pelbagai program, memupuk semangat bermuafakat serta memperkukuh hubungan dalam kalangan penduduk.

“Dewan PPSK ini bakal menjadi tempat masyarakat berhimpun, bermuafakat dan membina masa depan bersama,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penantian 28 tahun berakhir, peserta, waris FELCRA Seri Gala terima geran hak milik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI