MGPerak: Lans Koperal Mengaku Tak Bersalah Memasukkan Dadah Dalam Badan

59

Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan di sebuah premis hiburan, April lalu.

Tertuduh, Mohammad Aizat Zamli, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis ketamin dan methylenedioxy- methamphetamine (MDMA) ke dalam badan di Bilik VIP 1 Grand OC Sdn Bhd, Wisma Wolley, Jalan Canning Estate, Taman Ipoh dalam daerah Kinta sekitar jam 5.04 pagi pada 5 April 2026. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #dadah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini