Seorang bekas tukang kebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya berusia 14 tahun, pada tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 61 tahun, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad.
Mengikut kesemua pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun 11 bulan di dua lokasi sekitar Tanjung Rambutan antara Julai 2023 dan Jun 2024. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #amangseksual #anaktiri





