Kemenangan BN di Negeri Sembilan cetus isyarat baharu, tidak tolak kerjasama dengan PN diteruskan

PASIR SALAK – Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan diteruskan dalam menghadapi pilihan raya akan datang susulan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, semalam.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kemenangan UMNO dan BN di Negeri Sembilan selepas dua penggal tidak membentuk kerajaan adalah satu keputusan yang amat bermakna serta mencerminkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

“Nothing is impossible in politics (Tiada apa yang mustahil dalam politik),” ujarnya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak Tahun 2026 di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Khairul Azwan Harun dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kemenangan tersebut turut menolak dakwaan Pakatan Harapan kononnya UMNO membawa sentimen perkauman dan memperalatkan agama.

“Alhamdulillah, itu satu keputusan yang saya rasakan sangat luar biasa apabila setelah dua penggal UMNO BN kalah di Negeri Sembilan, tidak menjadi kerajaan dan kali ini telah diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi kerajaan dengan majoriti dua pertiga.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang mengundi. Maka cakap-cakap daripada PH yang menyatakan bahawa UMNO yang bawa sentimen rasis, UMNO yang bawa sentimen tunggang agama, itu tak benar.

“Sebab apa, hari ini akhirnya orang Negeri Sembilan memilih untuk menolak parti yang bawa sentimen begitu iaitu PH.

“Jadi sebab itu saya kata semalam, hari ini kita kena hormat dengan keputusan parti, keputusan rakyat. Sebagaimana UMNO pernah kalah kita pun hormat keputusan rakyat, maka hari ini bila UMNO menang kita hormat juga keputusan rakyat.

“Itulah yang telah diamanahkan kepada kita dan inshaAllah kita akan bawa keputusan ini sehingga semalam pun Presiden dah beritahu ke Melaka dan Putrajaya satu hari nanti,” ujarnya.

Pada PRN Negeri Sembilan Ke-16 semalam, BN berjaya memenangi 18 kerusi, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 11 kerusi, manakala BN memenangi tujuh kerusi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRN NS: Anthony Loke tewas di DUN Chennah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI