Sepasang suami isteri antara tujuh individu yang ditahan dalam empat serbuan berasingan sekitar Ipoh dan Tapah pada 4 dan 5 Ogos lalu kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Jun tahun ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, operasi tersebut membawa kepada rampasan dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 3,228.53 gram dan dadah jenis ketamin seberat 37.88 gram bernilai keseluruhan RM538,451.
Menurutnya, turut disita ialah tiga buah kereta bernilai RM224,000 serta wang tunai RM32,376 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan sebanyak RM794,827. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #sindiketdadah





