MGPerak: Luqman Irfan Rintis Pelancongan Rekreasi Desa Sungai Klah, Sungkai

149
BERMULA dengan hasrat mengusahakan pertanian di tanah terbiar selepas pandemik COVID-19 di kawasan berhampiran Sungai Klah, di Sungkai, Tanjung Malim, kini ia berubah menjadi destinasi rekreasi yang semakin mendapat perhatian ramai.
 
Sepanjang enam tahun beroperasi, Santuari Buyong Mas bukan sahaja berkembang sebagai tapak perkhemahan, malah ia turut menjadi pusat rekreasi yang menawarkan pelbagai aktiviti air di Sungai Klah dan Tisong seperti berkayak, memancing, berakit redah jeram, ‘water tubing’, dan sebagainya.
 
Pengurusnya, Muhammad Luqman Irfan Ahmad Nazri, 31, berkata, keputusan mengusahakan tapak perkhemahan itu lahir daripada pengalaman beliau dalam industri pelancongan sebelum ini yang menyaksikan sektor tersebut mengalami kemerosotan ketara. – MGPerak
 
#malaysiagazetteperak #mgperak #SantuariBuyongMas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini