IPOH – Tugu Satria Perkasa Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) bukan sekadar mercu tanda fizikal, sebaliknya menjadi simbol penghormatan terhadap sejarah perjuangan, pengorbanan dan legasi perwira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempertahankan kedaulatan negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pembinaan tugu berkenaan mencerminkan komitmen PDRM dalam memastikan jasa serta pengorbanan warga pasukan terdahulu terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi baharu.
Menurutnya, sesebuah institusi yang kukuh bukan sahaja perlu memiliki wawasan untuk membina masa hadapan yang cemerlang, malah harus terus menghargai sejarah perjuangan yang menjadi asas kepada kekuatan organisasi. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





