IPOH – Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Perak melancarkan Program Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang di 12 daerah di Perak melibatkan 100 peserta dengan 46 buah kenderaan bermula hari ini.
Pengarah JAPEN Perak, Azrul Hasan berkata, program ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan setiap rumah serta premis mengibarkan Jalur Gemilang diadakan menyertai bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026).
Menurutnya, program berkenaan turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan selain penyertaan beberapa kelab motosikal yang dijemput bagi memeriahkan jelajah tersebut. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





