IPOH – Penganjuran Wedding Fair 2026 bukan sahaja memudahkan bakal pengantin untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan perkahwinan di bawah satu platform, malah berperanan membina jaringan dalam kalangan usahawan serta memberi manfaat kepada ekonomi negeri.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, platform berkenaan memberi peluang kepada usahawan dalam sektor industri perkahwinan untuk memperluas jaringan serta meneroka peluang perniagaan baharu.
Menurutnya, program anjuran Galasa Caldwell itu memasuki tahun ketiga dengan penyertaan terbesar sebanyak 28 vendor. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





