TAIPING – Seramai 76 mangsa banjir daripada 24 buah keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) setakat jam 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, PPS itu dibuka di Dewan Orang Ramai Changkat Larah pada jam 8.30 malam tadi susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.
“PPS ini menempatkan penduduk dari Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara di mana kediaman mereka dimasuki air akibat hujan lebat pada Isnin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, Jabatan Metereologi (MetMalaysia) turut meramalkan beberapa daerah akan mengalami cuaca ribut pada sebelah petang melibatkan daerah LMS, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, dalam laporan sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) aras air Sungai Perak di Stesen Pasang, Bagan Datuk mencatatkan aras berjaga dengan bacaan 1.90 meter. – MG Perak
Artikel Berkaitan:


