Banjir Perak: 348 mangsa berlindung di lima PPS

IPOH – Seramai 348 mangsa banjir melibatkan 118 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Perak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, dua daerah yang terlibat adalah di Larut Matang dan Selama (LMS) serta Kampar.

Menurutnya, PPS yang dibuka adalah di Dewan Perdana Trong, Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta, Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol dan SK Matang Gelugor di daerah LMS manakala Dewan Bandaran Gopeng pula di daerah Kampar.

“Kesemua mangsa banjir yang terlibat di daerah LMS mula berpindah ke empat PPS terbabit bermula jam 5.30 petang semalam.

“Dewan Terbuka Masjid Al-Wusta menempatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 146 orang membabitkan 56 keluarga diikuti SK Matang Gelugor dengan 79 mangsa melibatkan 24 keluarga.

“Selain itu, seramai 48 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di SK Changkat Ibol dan Dewan Perdana Trong menempatkan 24 mangsa membabitkan sembilan keluarga.

“Seramai 50 mangsa daripada 16 keluarga masih belindung di Dewan Bandaran Gopeng, Kampar di PPS yang dibuka sejak 20 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Sementara itu katanya, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai di Perak merekodkan bacaan melepasi paras normal.

“Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang, Kampar berada pada tahap amaran dengan bacaan 22.23 meter sementara Sungai Slim di Slim River, Muallim pada tahap bahaya pada paras 26.38 meter,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir: Empat PPS di LMS mula dibuka

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI