PADA Mac 2021, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah buat jululung kalinya memperkenankan dua belia dilantik sebagai anggota dalam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), dan salah seorangnya adalah Wan Mohammad Afiq Wan Aris Fathillah.
Pemuda yang berusia 25 tahun itu kini merupakan individu penting dan bertanggungjawab mengemudi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Belia 4B Perak, sebagai pengerusi sejak setahun lalu.
Penerima Anugerah Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-15 itu juga, kini sedang menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang pengurusan di universiti sama.
BACA ARTIKEL:
Cucu Bekas MB Perak, Wan Mohammad Afiq perkasa belia Perak