MGPerak: Bantuan Makanan Percuma TCS Manfaat 28,000 Pelajar, Libat RM3.91 Juta

1

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM3.91 juta bagi meneruskan program Bantuan Makanan Percuma Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) yang memasuki tahun keenam pelaksanaan bagi membantu calon peperiksaan awam di negeri itu pada tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program berkenaan melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari sekolah menengah harian, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) serta Sekolah Menengah Agama Rakyat di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).

Menurutnya, pembiayaan makan tengah hari percuma ini juga sebagai usaha memberi keselesaan dan sokongan kepada pelajar sepanjang sesi pembelajaran. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini