TANJUNG MALIM – Keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat Malaysia ketika ini merupakan nikmat terbesar yang perlu disyukuri serta dipelihara bagi memastikan masyarakat pelbagai kaum dapat menyambut perayaan dalam suasana aman damai.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, suasana aman membolehkan masyarakat saling berhubung, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan serta berkunjung ke rumah rakan dan sahabat tanpa rasa bimbang. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak


