Daripada Sisa Kapur Karbida kepada ‘CalClean’

Kekayaan sumber batu kapur di Perak bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan industri, malah membuka peluang kepada penyelidikan untuk menghasilkan produk bernilai tambah.

Namun, sisa kapur karbida yang terhasil daripada kegiatan industri turut menimbulkan cabaran terhadap alam sekitar jika tidak diuruskan dengan baik.

Bertitik tolak daripada cabaran itu, pasukan penyelidik yang diketuai Pemangku Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Dr Rohaya Othman membangunkan teknologi untuk memanfaatkan sisa kapur karbida bagi menghasilkan Kalsium Karbonat Termendak (PCC), bahan mineral yang digunakan dalam formulasi produk pembersih CalClean.

Menerusi penyelidikan di bawah Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), inovasi itu memperlihatkan bagaimana sisa industri boleh diproses menjadi bahan bernilai tambah.

Daripada pemprosesan bahan mineral dan penyelidikan di makmal hinggalah kepada penghasilan sabun serta promosi kepada pengguna, CalClean mencerminkan usaha penyelidik JMG membawa inovasi tempatan daripada peringkat penyelidikan ke pasaran.

Pembantu Khidmat Am H1, Nazri Ahmad memindahkan lapisan larutan jernih daripada campuran sisa kapur karbida ke dalam tangki pemprosesan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Pembantu Khidmat Am H1, Syed Azmi Syed Kamar memeriksa campuran yang sedang diproses di dalam tangki pemprosesan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Pembantu Penyelidik Q2, Mohd Faiz Hamzah (kanan) mengalihkan tong berisi campuran sisa kapur karbida yang telah diproses ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Kalsium Karbonat Termendak (PCC) terbentuk selepas melalui proses penapisan bertekanan tinggi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.

Pembantu Penyelidik Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak mengayak serbuk Kalsium Karbonat Termendak (PCC) yang telah dikeringkan sebelum dibungkus untuk kegunaan proses seterusnya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, JMG Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Pembantu Penyelidik Q1, Muhammad Faqih Othman memasukkan agen penyabunan bersama bahan pelarut sebagai sebahagian daripada proses formulasi sabun pembersih CalClean ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Pembantu Penyelidik Q1, Ayu Fuzahazni Amri (kanan) mengukur suhu larutan menggunakan termometer inframerah bagi memastikan suhu mencapai 60 darjah Celsius ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Pembantu Penyelidik Q1, Ayu Fuzahazni Amri memasukkan serbuk Kalsium Karbonat Termendak (PCC) ke dalam campuran minyak dan agen penyabunan bagi menghasilkan warna putih semula jadi pada sabun pembersih CalClean ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Pembantu Penyelidik Q1, Ayu Fuzahazni Amri menuangkan campuran bahan sabun pembersih CalClean ke dalam acuan bagi membentuk sabun sebelum melalui proses pengeringan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) melakukan pemeriksaan dan menampal label pada sabun pembersih CalClean yang telah siap dibentuk untuk proses pembungkusan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral JMG Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Produk sabun pembersih CalClean berasaskan kalsium yang dihasilkan menerusi penyelidikan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dipamerkan dalam pelbagai bentuk dan pembungkusan untuk jualan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memberi penerangan mengenai penggunaan dan keberkesanan produk CalClean kepada pengunjung pada program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.
Pemangku Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Dr Rohaya Othman (duduk, kanan) bergambar bersama sebahagian pasukan penyelidik dan kakitangan yang terlibat dalam pembangunan produk CalClean ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Penyelidikan Mineral, JMG Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI