MGPerak: 1,610 Aduan Direkodkan Sepanjang Lapan Siri Program Mesra HBP 2026

2

IPOH – Sebanyak 184 aduan diterima Kerajaan Negeri Perak pada siri kelapan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) 2026 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.

Ini menjadikan jumlah aduan yang direkodkan kerajaan negeri sepanjang lapan siri penganjuran program tersebut bermula Januari sehingga November adalah sebanyak 1,610.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sehingga siri ketujuh tahun ini, sebanyak 1,153 daripada 1,426 aduan atau 81 peratus daripadanya berjaya diselesaikan manakala baki 273 aduan iaitu bersamaan 19 peratus masih dalam tindakan lanjut. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini