Lebih 2,000 peserta dijangka sertai Relay For Life Malaysia 2026 Perak

SUNGAI SIPUT – Lebih 2,000 peserta dijangka menyertai acara larian amal Relay For Life Malaysia 2026 Perak sejauh lima kilometer di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu, di sini pada 29 November ini.
Program anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Misrah Malaysia itu turut mendapat perkenan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim untuk berangkat menyempurnakan majlis perasmian pada pukul 9.15 pagi.
Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Misrah Malaysia, Mohd Shaiful Anuar Ahmad Jalalludin berkata, acara berkenaan bukan sekadar aktiviti berjalan kaki atau berlari, sebaliknya menjadi simbol sokongan moral dan keprihatinan masyarakat terhadap pesakit kanser serta keluarga mereka.
Menurutnya, program itu juga memberi peluang kepada pesakit kanser untuk turut serta sebagai lambang kekuatan dan semangat mereka dalam menghadapi cabaran penyakit berkenaan.
Risalah acara Relay For Life Malaysia 2026 Perak. Foto ABDULLAH YUSOF.
“Program ini membawa mesej keprihatinan masyarakat terhadap pesakit kanser selain memberi sokongan moral kepada mereka yang sedang berjuang menghadapi penyakit berkenaan.
“Ia juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kanser,” katanya dalam sidang akhbar berhubung penganjuran program itu di sini, baru-baru ini.
Tambah beliau, setakat ini seramai 1,800 peserta sudah mendaftar dan jumlah itu dijangka meningkat menjelang hari program.
Mohd Saiful berkata, selain larian amal, program itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan oleh NCSM termasuk pemeriksaan mamogram serta perkhidmatan trak khas kanser payudara yang dibawa dari ibu pejabat pertubuhan berkenaan.
“Turut diadakan kempen derma darah dengan kerjasama Hospital Sungai Siput serta sesi temu duga pekerjaan secara terbuka bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI