LENGGONG – Institut Lembah Lenggong bakal diwujudkan sebagai inisiatif menjadikan kawasan itu sebagai pusat pendidikan terbuka sekali gus hab pelancongan pendidikan yang mampu menarik penyertaan institusi akademik dari dalam dan luar negara.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, penubuhan institut berkenaan antara hasil yang disasarkan menerusi penganjuran Dialog Antarabangsa Lenggong 2026 (LiD 26) bagi membentuk identiti baharu kawasan itu berteraskan pendidikan, penyelidikan dan perkongsian ilmu. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





