Perak akan bantu penduduk pedalaman, Orang Asli daftar PADU

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mencari mekanisme terbaik bagi membantu penduduk di kawasan pedalaman khususnya masyarakat Orang Asli untuk mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, terdapat beberapa kekangan  untuk penduduk di kawasan pedalaman terutamanya akses untuk capaian internet serta kemudahan fasiliti seperti komputer riba.

Menurutnya, perkara ini juga sudah dibincangkan dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Rabu untuk mencari kaedah terbaik bagi mencepatkan proses pendaftaran.

“Sebenarnya, terdapat banyak cara yang boleh dilaksanakan antaranya adalah melalui pusat khidmat wakil rakyat boleh menyediakan bantuan dan pengurusan untuk mendaftar PADU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1/2024 di Stadium Indera Mulia, di sini, pada Khamis.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan PADU, iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Pelaksanaan PADU adalah bagi meningkatkan kecekapan pengurusan yang memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan pengurusan data daripada pelbagai sumber. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rafizi sangkal suara sumbang dakwa sistem PADU membazir

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI