GreenCity AR iPad Challenge: PUO bawa pulang RM15,000

IPOH – Dua pasukan dari Politeknik Ungku Omar (PUO) berjaya meraih tempat kedua dan ketiga sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 pada Pertandingan Akhir ‘GreenCity AR iPad Challenge: Shaping Sustainable Urban Cities’, di Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Pasukan Greenscape City melalui projek ‘Pioneering Sustainable Urban Living’ dinobatkan sebagai tempat kedua, dan Polycity Builders, dengan projek ‘Labu Sayong Eco City’ di tempat ketiga dengan masing-masing meraih hadiah kemenangan sebanyak RM9,000 dan RM6,000.

Politeknik Ungku Omar PUO Pertandingan GreenCity AR Ipad Challenge Kuala Lumpur bandar Politeknik Ungku Omar PUO Pertandingan GreenCity AR Ipad Challenge Kuala Lumpur bandar
Dua pasukan dari Politeknik Ungku Omar (PUO) dinobatkan sebagai tempat kedua, dan ketiga melalui projek ‘Pioneering Sustainable Urban Living’ dan projek ‘Labu Sayong Eco City’. Foto ihsan PUO

Melalui satu kenyataan PUO memaklumkan, pertandingan reka bentuk bandar mampan dalam ‘Augmented Reality’ atau teknologi realiti terimbuh (AR) itu dianjurkan UDA Holdings Berhad (UDA) bersama Apple Professional Learning Malaysia dan UKM Pakarunding.

Katanya, Pasukan Greenscape City mengetengahkan idea sebuah projek bertujuan untuk mewujudkan ruang bandar lestari di Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.

“Mereka mencadangkan reka bentuk peredaran berbelah bahagi terpusat, mengoptimumkan pencahayaan semulajadi, ventilasi, dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui.

“Bandar ini direka bentuk menggunakan konsep ‘Central Water Channel’ yang berfungsi sebagai teknologi anti banjir, dilengkapi landskap hijau, sistem BRT, dan sistem keselamatan dron yang canggih.

“GreenScape City ialah gaya hidup untuk menjadikan bandar lebih selamat, berdaya tahan dan kekal lestari,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Politeknik Ungku Omar PUO Pertandingan GreenCity AR Ipad Challenge Kuala Lumpur bandar Politeknik Ungku Omar PUO Pertandingan GreenCity AR Ipad Challenge Kuala Lumpur bandar
Dua pasukan dari Politeknik Ungku Omar (PUO) dinobatkan sebagai tempat kedua, dan ketiga melalui projek ‘Pioneering Sustainable Urban Living’ dan projek ‘Labu Sayong Eco City’. Foto ihsan PUO

Sementara itu, menurut kenyataan sama, idea projek ‘Labu Sayong Eco City’ yang diketengahkan pula adalah sebuah projek pembangunan bandar mampan yang terletak di Cheras.

Katanya, projek berkenaan memperkenalkan idea yang bertujuan untuk mempromosikan kelestarian bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di Kuala Lumpur.

“Ia mempunyai tasik buatan manusia, LRT monorel, kawasan konservasi flora fauna, dan idea-idea teknologi hijau seperti penggunaan panel fotovoltaik di kawasan perumahan serta turbin angin pada lampu jalan,” ujarnya lagi.

Politeknik Ungku Omar PUO Pertandingan GreenCity AR Ipad Challenge Kuala Lumpur bandar Politeknik Ungku Omar PUO Pertandingan GreenCity AR Ipad Challenge Kuala Lumpur bandar
Dua pasukan dari Politeknik Ungku Omar (PUO) dinobatkan sebagai tempat kedua, dan ketiga melalui projek ‘Pioneering Sustainable Urban Living’ dan projek ‘Labu Sayong Eco City’. Foto ihsan PUO

Tambahnya pasukan seramai enam ahli masing-masing menganggotai pasukan Greenscape City dan Polycity Builders.

Katanya lagi ‘showcase and final pitching’ pertandingan telah berlangsung di Hotel AnCasa Kuala Lumpur, dengan Pasukan Greenscape City diketuai oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam PUO, Nordiana Mohd Nordin, manakala Polycity Builders di bawah bimbingan Noor Farhana Alias.

“Dua pasukan PUO terpilih ke Peringkat Akhir dari 47 kumpulan dan 262 peserta yang mewakili 25 Institusi Pengajian Tinggi dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta.

“Selain PUO, tiga kumpulan lain dari Universiti Malaya dan Kolej Matrikulasi Kelantan turut berentap dalam pertandingan akhir ini,” katanya lagi.

Difahamkan penganjuran pertandingan reka bentuk bandar mampan menggunakan peranti Apple iPad itu telah bermula 14 Oktober hingga 5 November tahun lalu

Johan pertandingan dianugerahkan kepada projek Batukam City dari Kolej Matrikulasi Kelantan memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM12,000. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Karnival Kerjaya PUO tawar lebih 300 peluang kerja

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI