LUMUT – Seorang lagi remaja yang hilang selepas mandi di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu Segari di sini, semalam ditemui maut tersangkut di jaring nelayan tengah hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat G Sarath, 16, ditemui antara 200 ke 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada jam 12.40 tengah hari.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu T Eishwarpillai, 16.
Artikel Berkaitan:
Remaja ditemui lemas, dua lagi rakan masih hilang
Operasi SAR tiga remaja dikhuatiri lemas mandi sungai dimulakan
“Pencarian dan pemantauan mangsa yang masih hilang turut dilakukan melalui Unit Dron JBPM Perak,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa.
Mangsa pertama, Chew Darumaraj, 14, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 9.05 pagi tadi.
Terdahulu, media melaporkan, tiga remaja berusia dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai emas semasa memancing dan mandi-manda di Sungai Sempit Segari, petang semalam. – MG Perak