Banjir di Perak kali ini bukan situasi biasa – Saarani

IPOH – Banjir yang melanda beberapa kawasan termasuk tiga daerah di Perak ketika ini disifatkan bukan sebagai situasi biasa yang berlaku di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurutnya, ini kerana situasi banjir yang berlaku adalah berpunca daripada sistem pengairan yang tidak mampu untuk menampung jumlah kemasukan air yang banyak daripada biasa.

Justeru Saarani berkata, beliau meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan yang turut mendorong kepada fenomena banjir genang atau ‘termenung’.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada majlis perasmian Pusat Strok dan Elekta Versa HD Linear Accelerator (LINAC) di KPJ Ipoh Specialist Hospital. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2023

“Saya menerima laporan bahawa banjir yang berlaku ketika ini bukan banjir yang biasa, kerana lazimnya ia berpunca daripada aliran air sungai lain yang bertembung dengan aliran Sungai Perak sehingga menyebabkan ‘backflow’ atau limpahan balik air sehingga menyebabkan banjir.

“Hasil lawatan saya ke Gerik semalam saya mendapati paras air di Sungai Perak seperti biasa, namun disebabkan ada aliran air yang banyak dari kawasan tanah tinggi maka, jumlah air yang turun ke kawasan rendah itu tidak mampu ditampung oleh sistem perparitan sedia ada.

“Jadi, apa yang kita boleh buat adalah untuk JPS melihat bagaimana untuk mengalirkan air itu keluar supaya dapat mengelakkan daripada situasi banjir atau banjir genang daripada terus berlaku,” katanya.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Pusat Strok di KPJ Ipoh Specialist Hospital. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2023

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Strok dan mesin Elekta Versa HD Linear Accelerator (LINAC) di Hospital Pakar KPJ Ipoh, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan serta Presiden merangkap Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan.

Pada Jumaat media melaporkan Hulu Perak menjadi daerah ketika yang terjejas akibat banjir selepas Hilir Perak dan Kerian, ekoran pembukaan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kerunai.

Walau bagaimanapun, PPS yang menempatkan 60 mangsa dari sembilan kampung Hulu Perak itu ditutup pada jam 12 tengah hari pada Sabtu susulan situasi banjir beransur pulih.-MG Perak

BACA SELANJUTNYA: PPS SK Kerunai ditutup, mangsa banjir di Perak turun 203 orang

MGPerak: Situasi Banjir Genang Di Kampung Batu 9, Simpang 3 Changkat Jong, Teluk Intan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI