Belanjawan Perak 2024: RM95.7 juta bagi pengoperasian JAIPk

IPOH – Kerajaan Perak memperuntukkan RM95.7 juta bagi pengoperasian Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dalam usaha memartabatkan syiar Islam dan pembangunan ummah terus diperkasakan di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu RM7.2 juta pula diperuntukkan untuk membangunkan beberapa projek di bawah Belanja Pembangunan JAIPk.

“Antara projek yang dijalankan adalah menyelenggara enam buah masjid utama di negeri ini termasuk bangunan, lif dan eskalator Masjid Toh Puan Hatijah, Batu Gajah serta membaik pulih Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

“Selain itu, kerja-kerja menaik taraf sekolah-sekolah menengah agama negeri dan pejabat-pejabat agama Islam daerah.

“Sejumlah RM5 juta turut diperuntukkan bagi Program menaik taraf pelbagai institusi pendidikan Islam,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Jumaat.

Sementara itu, Saarani memaklumkan sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi tujuan baik pulih dan bina baru masjid serta surau iaitu peningkatan RM5 juta berbanding tahun 2023.

“Peruntukan ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk menjunjung kemuliaan Islam sebagai agama rasmi serta memperkasa institusi keagamaan ke arah pemantapan pembangunan ummah,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut menyediakan RM10 juta bagi Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI).

“Daripada jumlah tersebut, RM5 juta disediakan kepada komuniti dan kampung Cina manakala bakinya untuk komuniti dan kampung India serta kaum lain. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Belanjawan Perak 2024 RM1.35 bilion tertinggi dalam sejarah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI