Penantian hampir 28 tahun peserta dan waris FELCRA Berhad Seri Gala untuk memiliki geran hak milik berakhir apabila baki 47 pentadbir menerima geran masing-masing hari ini.
Seorang pemandu lori dihukum penjara lima tahun dengan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan rogol melibatkan seorang remaja perempuan bawah umur antara Mei dan Julai tahun ini.
Perak menggesa agar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ditambah baik dengan segera bagi membolehkan penguatkuasaan lebih tegas terhadap penjualan rokok elektronik atau ‘vape’ secara terbuka.
Selain masalah longkang tersumbat, kewujudan rumah kosong yang ditinggalkan di kawasan penempatan dikenal pasti menjadi antara faktor utama kepada peningkatan kes demam denggi di Perak.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bukan sekadar pengiktirafan terhadap prestasi individu, sebaliknya menjadi simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang demi memastikan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak terus diyakini rakyat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penangguhan pemeteraian penjualan air terawat antara Perak dengan Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan politik, sebaliknya melibatkan urusan perniagaan antara dua entiti.
Kerajaan negeri Perak komited dalam terus menyediakan kediaman pada harga munasabah tanpa mengabaikan aspek kualiti dan keselamamatan meskipun sektor perumahan kini berdepan pelbagai cabaran.
Perak menunggu laporan kajian daripada jabatan berkaitan sebelum mengesahkan punca kejadian air Sungai Perak di Kampung Bukit Amarikan, Gerik yang bertukar warna kebiruan sejak Jumaat lalu.
Barisan Nasional (BN) Perak berharap momentum kemenangan yang diraih BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dapat diteruskan sehingga tiba pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
BERMULA dengan hasrat mengusahakan pertanian di tanah terbiar selepas pandemik COVID-19 di kawasan berhampiran Sungai Klah, di Sungkai, Tanjung Malim, kini ia berubah menjadi destinasi rekreasi yang semakin mendapat perhatian ramai.