TANJUNG MALIM – Penantian hampir 28 tahun peserta dan waris FELCRA Berhad Seri Gala untuk memiliki geran hak milik berakhir apabila baki 47 pentadbir menerima geran masing-masing hari ini.
Penyerahan itu melengkapkan keseluruhan proses pemberian geran di bawah Program Penyusunan Semula Kampung (PPSK), selepas 42 peserta menerima geran hak milik pada tahun lalu. -MGPerak





