4 individu ditahan dalam Ops Kontraban Mega sekitar Gerik, Pengkalan Hulu

IPOH – Polis menahan empat individu termasuk dua wanita serta merampas pelbagai rokok dan minuman keras disyaki tidak bercukai dalam tiga serbuan berasingan menerusi Ops Kontraban Mega di sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua suspek berusia antara 36 hingga 57 tahun itu ditahan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Menurutnya, serbuan pertama melibatkan sebuah premis perniagaan di Jalan Taufil, Pengkalan Hulu yang menemukan pelbagai jenis minuman keras dan rokok disyaki tidak bercukai disimpan di bawah rak barangan runcit sekitar jam 5 petang.

“Dalam serbuan itu, dua wanita tempatan berusia 57 dan 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan dengan nilai rampasan dianggarkan RM32,117 melibatkan minuman keras bernilai RM3,917 serta rokok bernilai RM28,200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dipercayai pemilik premis ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Iskandar, Pengkalan Hulu pada jam 7 petang.

“Pemeriksaan di stor premis itu menemukan pelbagai jenis minuman keras dan rokok disyaki tidak bercukai.

“Nilai keseluruhan rampasan bagi serbuan kedua dianggarkan berjumlah RM32,694.80, melibatkan minuman keras bernilai RM10,154.80 dan rokok bernilai RM22,540,” ujarnya.

Mohd Alwi berkata, dalam operasi ketiga di Gerik, sepasukan polis menahan sebuah kereta Toyota Vios berwarna perak dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kampung Padang Kunyit kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan 100 karton rokok disyaki tidak bercukai terdiri daripada 50 karton jenama John dan 50 karton jenama D&J.

“Turut dirampas sebuah Toyota Vios yang dipercayai digunakan bagi kegiatan itu bersama seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun untuk siasatan lanjut.

“Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut selain dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis. – MG Perak

Artikel Berkaitan

Bapa ditahan disyaki dera fizikal, lakukan gangguan seksual terhadap dua anak lelaki

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI