Harap nama limau Tambun jadi ‘hak eksklusif’ Perak

LIMAU bali atau lebih terkenal dengan jolokan limau Tambun antara ‘trademark’ di negeri Perak khususnya bandar raya Ipoh yang berjaya menarik pelancong untuk merasai kenikmatan buah masam manis itu.

Menjengah ke lokasi agro pelancongan Gochin Tambun Pomelo Agro Farm di Tambun, Ipoh, ramai pelancong tempatan mengambil kesempatan cuti hujung minggu singgah ke ladang seluas lebih 600 hektar itu untuk meneroka sambil mengenali tanaman itu dengan lebih dekat.

Pemilik ladang tersebut, Tan Swee Kong, 56, berkata sejak dibuka kepada pelancong kira-kira 20 tahun lalu, lebih 90 negara direkodkan datang melawat ladang tersebut.

Menurutnya, pelancong yang paling banyak melawat ladangnya itu adalah dari Singapura, Hong Kong, China, Indonesia, Jepun, Taiwan, Kanada, Amerika Syarikat, Asia tengah seperti Iran, Iraq Arab Saudi dan Eropah.

Kutip hasil tuaian limau Tambun
Tan Swee Kong (kanan) bersama pekerjanya sedang menuai limau Tambun untuk dijual kepada orang ramai dan pelancong.

“Orang tempatan terutamanya dari Pantai Timur juga terkejut apabila melihat pokok limau Tambun yang disangka seperti bonsai rupa-rupanya saiznya lebih besar.

“Itu memang salah satu tarikan keunikan pokok limau Tambun tersebut.

“Kita mula ubah trek ladang dengan menaik taraf infra untuk kemudahan pelancong keluar masuk ladang supaya lebih selesa untuk menerokai tanaman itu dengan lebih dekat.

“Selain itu, mereka turut diberi pendedahan mengenai proses penanaman limau Tambun dari mula sehingga ke peringkat penuaian,” katanya.

Dalam pada itu, Swee Kong berharap supaya nama limau Tambun dijadikan hak eksklusif negeri Perak seperti mana Perlis dengan produk mangga harum manis.

“Baru-baru ini, wakil Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) datang ke kawasan Tambun ini untuk mengkaji sama limau Tambun boleh didaftarkan sebagai satu produk untuk Tambun, Perak sahaja dan tidak boleh digunakan pakai negeri lain.

“Buah ini dinamakan limau Tambun kerana ia adalah hasrat kerajaan negeri supaya orang ramai, pelancong tahu identitinya datang dari negeri mana.

“Ini memang satu yang inisiatif yang bagus dilakukan dan saya berharap ia akan menjadi satu kenyataan,” jelasnya.

Pelancong Pahang beli limau Tambun
Sekumpulan warga emas daripada Raub, Pahang turut singgah untuk membeli limau Tambun sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

Memandangkan sambutan luar biasa daripada pengunjung, beliau membuat keputusan untuk menaik taraf kawasan ladang dengan beberapa tarikan baharu antaranya termasuklah petting zoo, menara tinjau dan kilang kecil untuk memproses produk hasil limau Tambun.

“Setakat ini, kerja-kerja naik taraf sudah mencapai 50 peratus dan kita berharap tarikan tersebut dapat menambah lagi kemasukan pelancong ke Ipoh sekali gus dapat membantu meningkat ekonomi dalam sektor agro pelancongan di Perak,” ujarnya. – MGPerak

BACA SELANJUTNYA:
MGPerak: Limau Tambun Hak Eksklusif Perak!

MGPerak: Limau Tambun Hak Eksklusif Perak!

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI