Jadikan media sosial platform sebar Islam – Mohd Na’im

KUALA KANGSAR – Media sosial adalah medium terbaik yang boleh digunakan golongan agamawan dan pendakwah untuk menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat khususnya golongan belia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata anak-anak muda pada masa kini mudah terpengaruh dan menerima segala perkara yang disampaikan melalui media sosial.

“Kalau golongan agamawan tidak mengambil pendekatan mempelajari perkembangan media sosial yang begitu cepat bergerak ini, kita akan ketinggalan.

“Anak-anak muda ini sudah terbiasa dengan teknik menerima apa sahaja yang disampaikan melalui media sosial dan ada juga yang malas membaca sehingga mudah terpengaruh hanya dengan melihat video pendek dari TikTok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Seminar Antarabangsa Pemikiran Tun Sri Harussani di Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Naib Canselor USAS, Profesor Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusuf.

Justeru, Mohd Na’im berkata agamawan perlu memberi penekanan dalam penggunaan media sosial untuk dijadikan platform bagi menjelaskan isu-isu kepada masyarakat.

“Jadi, medium sosial media ini perlu dimaksimumkan penggunaannya kerana kalau kita gagal menggunakannya sebagai wasila untuk memberi pencerahan dan penjelasan, kita akan gagal kepada orang yang hendak disampaikan dakwah itu.

“Ini kerana kita bimbang mereka akan lebih tertarik dan terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat contohnya yang tersebar begitu meluas di media sosial,” jelasnya. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI