Kertas siasatan kes aniaya kucing dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya

TELUK INTAN – Kertas siasatan membabitkan seorang lelaki dipercayai melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam guni di sebuah restoran di Taman Melor di sini, dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, setakat ini dua saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana dipercayai melakukan penganiayaan terhadap binatang.

“Tiada tangkapan dibuat memandangkan kes ini adalah kes tidak boleh tangkap. Setakat ini dua saksi telah dipanggil yang mana ia melibatkan individu dalam video serta pemilik premis,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Sebelum ini tular di media sosial rakaman video berdurasi satu minit 32 saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja di sebuah restoran bertindak memasukkan seekor kucing ke dalam guni.

Kok Lian sebelum ini memberitahu, pihaknya telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh pemilik premis makanan berkenaan berhubung video tular tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis buka kertas siasatan kes kucing dimasukkan dalam guni

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI