Kor Ming sumbang RM125,000 rai pelajar Teluk Intan cemerlang SPM

TELUK INTAN – Seramai 67 pelajar dalam kawasan Parlimen Teluk Intan yang memperoleh keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 diraikan dalam majlis khas di sini.

Setiap daripada mereka yang memperoleh keputusan antara 9A hingga 11A menerima sumbangan wang tunai RM1,500 hingga RM3,000 daripada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dengan peruntukan sebanyak RM125,000.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menzahirkan harapan bantuan kewangan tersebut dapat meringankan beban pelajar serta keluarga mereka dalam meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

“Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam membantu meringankan beban para pelajar serta terus memberikan motivasi atas usaha gigih mereka sehingga berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

Nga Kor Ming

“Pendidikan teras pembangunan negara. Sebagai generasi muda, satu hari nanti akan menjadi pemimpin negara dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Terdahulu Kor Ming hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Pelajar Cemerlang SPM yang berlangsung di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) San Min, di sini, pagi tadi.

Pada majlis berkenaan seramai empat pelajar memperoleh keputusan 11A menerima RM3,000, 27 pelajar meraih 10 A menerima RM2,000 dan 36 pelajar yang mendapat 9A menerima RM1,500 setiap seorang.

Selain itu juga, seramai 10 pelajar yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam peperiksaan SPM tahun lalu turut menerima RM500 seorang sebagai Anugerah Kemajuan.

Kor Ming berkata, pemberian berkenaan merupakan inisiatif empat tahun berturut-turut sejak 2023 oleh Pusat Khidmat DAP Parlimen Teluk Intan.

“Usaha menghargai kecemerlangan akademik serta keazaman untuk belajar seperti ini akan terus diperkasa bagi menyuntik semangat generasi muda Teluk Intan memperoleh keputusan yang cemerlang,” ujar beliau.

Selain itu, pada majlis yang berasingan, beliau turut menyalurkan bantuan kewangan sejumlah RM111,600 kepada 179 pelajar di bawah parlimen Teluk Intan yang telah mencapai prestasi cemerlang pada SPM tahun lalu.

Sumbangan sebanyak RM 1,200 turut diberikan kepada 12 guru terpilih yang menjadi tulang belakang kecemerlangan pelajar.

Secara keseluruhan bantuan kewangan sebanyak RM251,000 telah disalurkan kepada 256 pelajar SPM di kawasan Parlimen Teluk Intan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI