Lebih 100 juadah berbuka puasa gamit ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’

BAGAN SERAI – Lebih 100 hidangan menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa, di Bukit Merah Laketown Resort, dekat sini, sepanjang Ramadan tahun ini.

Bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’, restoran di pusat peranginan itu menyajikan masakan tradisional buat pengunjung serta pemandangan tasik buatan pertama di negara ini.

Pengurus Bukit Merah Laketown Resort, M Danesh berkata, antara yang menjadi tarikan bagi buffet Ramadan kali ini adalah nasi yang dimasak dengan dapur menggunakan pengukus tradisional ‘Apollo’ yang sering digunakan pada suatu masa dahulu.

buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa juada buka puasa
Antara hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.
buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa juada buka puasa
Pengurus Bukit Merah Laketown Resort, M Danesh. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.

Selain itu, pulut kukus serta ubi rebus turut diketengahkan sebagai antara menu berbuka puasa istimewa yang akan menggamit kenangan pengunjung.

“Antara tarikan lain sepanjang Ramadan di sini adalah, pengunjung boleh menikmati keindahan Tasik Bukit Merah melalui perkhidmatan pelayaran ‘Ramadan Cruise’.

“Dengan harga RM10 setiap seorang, pengunjung boleh berlayar dalam beberapa sesi selama 15 minit antara jam 5.45 petang sehingga 8.30 malam,” katanya.

buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa juada buka puasa
Para tetamu mengambil makanan hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.
Antara tarikan lain sepanjang Ramadan ini di Bukit Merah Laketown Resort adalah, pengunjung boleh menikmati keindahan Tasik Bukit Merah melalui perkhidmatan pelayaran ‘Ramadan Cruise’. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.

Beliau berkata demikian ditemui pada majlis Pelancaran Buffet Ramadan Nostalgia Rasa D’Tasik di Bukit Merah Laketown Resort, dekat sini, pada Selasa.

Melalui pakej harga RM60 bagi dewasa dan RM35 kanak-kanak, pengunjung bakal dihidangkan dengan kambing bakar, ikan cencaru bakar, daging kurma, sup perut, ulam-ulaman dan sebagainya.

buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa juada buka puasa
Antara hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.
Pulut kukus dan ubi rebus dengan kelapa parut antara hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.

Di samping itu, mereka juga berpeluang menikmati masakan barat seperti ‘spaghetti bolognese’, ‘fettuccine carbonara’ dan ‘angel hair pasta aglio olio’, serta pelbagai manisan menarik.

Dalam pada itu, Danesh memaklumkan, setiap 10 pembelian buffet Ramadan untuk dewasa, pengunjung akan menerima dua tiket ke Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort secara percuma yang mana tempoh sahnya selama enam bulan bermula Hari Raya Aidilfitri.

“Setakat ini, tempahan awal yang diterima oleh kami sangat memberangsangkan. Justeru, kami menyasarkan kehadiran sekitar 300 pengunjung setiap hari sepajang Ramadan tahun ini,” katanya lagi.

buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa
Nasi yang dimasak dengan menggunakan pengukus Apollo antara hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.
buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa juada buka puasa
Nasi yang dimasak dengan menggunakan pengukus Apollo antara hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.

Sementara itu, Chef Eksekutif Bukit Merah Laketown Resort, Mohd Huzaimi Mahamad Nor berkata, penggunaan dapur pengukus Apollo dalam penyediaan nasi adalah kali pertama dilakukan.

Menurutnya, kaedah memasak menggunakan dapur pengukus tradisional itu mampu menjadikan nasi yang dimasak lebih lembut berbanding menggunakan periuk nasi moden.

buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa juada buka puasa
Chef Eksekutif Bukit Merah Laketown Resort, Mohd Huzaimi Mahamad Nor. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.
Antara hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.
buka puasa Nostalgia Rasa D’Tasik Bukit Merah Laketown Resort Ramadan berbuka puasa juada buka puasa
Pulut kukus dan ubi rebus dengan kelapa parut dan nasi yang dimasak dengan menggunakan pengukus Apollo antara hidangan buffet Ramadan bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ menanti orang ramai yang mahu berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 MAC 2024.

“Kami mahu membawa pengunjung menikmati masakan tradisional yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia seperti, ayam masak bawang, ayam garam serta sotong kari masala,” ujarnya.

Mereka yang berminat untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan berkenaan Buffet Ramadan Nostalgia Rasa D’Tasik di Bukit Merah Laketown Resort, boleh menghubungi di talian 05-8908888 atau melayari laman sesawang www.bukitmerahresort.com.my.  -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tahun Melawat Perak: Hotel Casuarina@Meru perkenal Set Talam makanan tradisi

 

TONTON VIDEO:

MGPerak: Lebih 100 Juadah Berbuka Puasa Gamit ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI