Lelaki dikhuatiri hilang bot karam di Sungai Perak

BAGAN DATUK – Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaikinya dilaporkan karam di Sungai Perak dekat Kampung Pasang Api, Hutang Melintang, awal pagi tadi.

Lelaki yang hilang dikenali sebagai Amir Hamzah Shaari, 53, dipercayai orang kurang upaya (OKU) menaiki bot tersebut bersama adik dan anak lelakinya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.12 pagi.

“Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang tiba di lokasi pada jam 1.50 pagi dan mendapati sebuah bot karam di sungai.

“Berdasarkan maklumat awal terdapat tiga mangsa lelaki dipercayai nelayan terlibat. Dua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

“Operasi diteruskan manakala pencarian mangsa ditangguhkan dan disambung semula pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.

Beliau berkata, pencarian mangsa diteruskan hari ini menggunakan bot bersama Unit Anjing Pengesan (K9) yang dimulakan dari kawasan Kampung Pasang Api, Hutan Melintang menghala ke Beting Beras Basah. – MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI