Lorong kiri Plaza Tol Hutan Kampung ditutup tiga hari bermula 21 Okt

KUALA LUMPUR – Lorong paling kiri untuk kenderaan berat dan motosikal di laluan masuk Plaza Tol Hutan Kampung (Arah Selatan/Alor Setar) ditutup tiga hari bermula 9 malam pada 21 Okt hingga 6 pagi 24 Okt.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja penyelenggaraan jalan di Plaza Tol Hutan Kampung di Lebuhraya Utara-Selatan bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya.

Sepanjang tempoh itu, pengguna kenderaan berat dan lebar dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ke Alor Setar melalui jalan alternatif persekutuan atau negeri manakala bagi pengguna motosikal pula akan dilencongkan ke lorong kenderaan ringan.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan dikeluarkan pihak PLUS dari semasa ke semasa ketika melalui kawasan terbabit.

“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya – PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI