Mangsa banjir di Perak bertambah, empat lagi pps dibuka

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat selepas empat buah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di daerah Kuala Kangsar setakat jam 6 petang pada Ahad.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, proses pemindahan ke semua mangsa banjir di empat PPS yang dibuka itu masih berjalan.

Menurut JPBN Perak, empat PPS yang dibuka melibatkan Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Baru Lintang, DOR Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah, Dewan Pandak Hamzah, Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah sekitar Sungai Siput.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Baru Lintang, Sungai Siput (U).
Penduduk Kampung Lintang, di sini, menyifatkan kejadian banjir yang melanda kediaman mereka pada Ahad antara yang paling teruk pernah berlaku selepas kali terakhir rumah mereka ditenggelami air pada 2014. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 OKTOBER 2024.

“Setakat ini 96 mangsa daripada 34 buah keluarga melibatkan Kampung Lasah dan Kampung Tok Sirat telah dipindahkan ke PPS DOR SK Lasah.

“Sementara itu, proses memindahkan mangsa dari Kampung Lintang ke DOR Lintang dan Kampung Chenein di Dewan Pandak Hamzah OAOSC Bawong masih dijalankan,” katanya.

JPBN Perak berkata, jumlah mangsa banjir yang berada di PPS setakat petang ini adalah seramai 268 orang melibatkan tiga daerah iaitu Kerian, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Mangsa banjir di Kerian seramai 136 orang daripada 40 keluarga ditempatkan di dua PPS manakala 36 mangsa daripada 11 keluarga pula ditempatkan di sebuah PPS di Hulu Perak,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir di Perak meningkat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI