Maritim rampas 34 set bubu naga

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 34 set bubu naga atau bubu kambang yang dipasang pada perairan Negeri Perak, awal pagi Ahad.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bubu naga yang berukuran panjang 10 meter setiap satu itu dirampas pada jam 3 pagi, pada kedudukan 4.3 batu nautika dari barat daya Pulau Talang, dekat sini.

Katanya, bubu itu dikesan pasukannya ketika sedang menjalankan rondaan Op Sayong, Op Pintas dan Op Tiris.

“Tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan bubu naga itu dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih RM2,000 itu dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut beliau, pemilik bubu naga itu boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Tambah beliau, jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Maritim Negeri Perak akan menggandakan rondaan dan tidak akan berkompromi mengenakan tindakan ke atas pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang ini.

“Di samping itu, komuniti diingatkan untuk mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang diperuntukkan oleh kerajaan,” jelasnya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak rampas 28 set bubu naga di perairan Lumut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI